Sufipedia

Sebelum Imam Syafi'i pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan ummat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

1. HAK KEPADA DIRI Mengurangi tidur, mengurangi makan, mengurangi percakapan (yang tidak bermanfaat) dan menerima dengan ikhlas dengan rezeki yang ada. 

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Mengqadhakan kewajiban-kewajiban yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 

3. HAK KEPADA KUBUR Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan shalat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 

6. HAK KEPADA SIRATH (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 

7. HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA) Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 

8. HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) Berasa ridha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW Bershalawat atas baginda, berpegang dengan syariat bergantung kepada As-Sunnah (Hadits), menyayangi para sahabat dan berlomba-lomba dalam mencari keridhaan Allah. 

10. HAK KEPADA ALLAH SWT Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Anda sedang membaca 10 Wasiat Imam Syafi'i Sebelum Wafat. Untuk mengikuti posting terbaru silahkan Liked Facebook Fanpage: Mistikus Cinta | Follow Twitter: @Sufipedia | Official LINE of Sufipedia Nusantara, LINE ID: @sufipedia | Telegram Group: @sufipedia. Terima kasih.

Post a Comment

 
Top