Sufipedia

Berhubung dengan adab-adab salik terhadap diri sendiri, Shaikh Muhammad Amin al-Kurdi menguraikannya sebanyak 24 perkara. (Muhammad Amin Al-Kurdi, Tanwir al-Qulub, 531-534). Di sini kita ringkaskan beberapa perkara yang difikirkan penting. Antaranya ialah seperti berikut:
  • PERTAMA, salik mestilah mengekalkan zikrullah dan muraqabahnya.
  • KEDUA, salik tidak boleh bersahabat dengan orang-orang yang jahat.
  • KETIGA, hendaklah beramal zikrullah di tempat yang tidak dapat dilihat oleh orang yang bukan ahli zikir, seperti anak isteri dan sebagainya.
  • KEEMPAT, hendaklah meninggalkan kebiasaan berlebih-lebih dalam kehidupannya.
  • KELIMA, hendaklah membuang sifat cinta dunia dan perhatiannya mestilah ke akhirat saja.
  • KEENAM, janganlah tidur dalam hadas besar dan hendaklah ia senantiasa suci dari najis dan hadas.
  • KETUJUH, salik janganlah ada cita-cita atau kehendak maukan sesuatu yang ada pada tangan manusia. Dan tidak boleh memandang manusia, baik mereka membenci atau mencintai dirinya.
  • KEDELAPAN, tidak boleh mengeluh jika menghadapi kesukaran, seperti kesempitan rezeki atau sebagainya.
  • KESEMBILAN, hendaklah senantiasa menghisab dirinya sendiri dan senantiasa menggalakkan dirinya sendiri untuk terus giat bermujahadah.
  • KESEPULUH, hendaklah mengurangi tidur, terutama waktu hampir subuh, karena waktu tersebut merupakan waktu yang paling mudah doa dikabulkan oleh Allah.
  • KESEBELAS, hendaklah mengurangi makan dan makan makanan yang halal saja.
  • KEDUA BELAS, hendaklah senantiasa menjaga lidah dan hati, lidah dari berucap perkara yang maksiat dan sia-sia, hati dari semua lintasan jahat, karena sikap ini akan mudah terbukanya hijab.
  • KETIGA BELAS, tidak boleh bersenda gurau atau bergelak tawa karena perbuatan ini akan menggelapkan mata hati.
  • KELIMA BELAS, hendaklah mendampingi sahabat dan saudara-saudaranya ketika merasa susah hati atau menghadapi masalah.
  • KETUJUH BELAS, hendaklah membuang sifat cinta kebesaran dan pangkat, karena sifat ini akan memutuskan perjalanannya kepada Allah.
  • KESEMBILAN BELAS, hendaklah bersifat senantiasa takut kepada Allah dan mengharapkan ampunan-Nya. Di samping itu janganlah merasa dirinya itu telah membuat amal soleh, tetapi anggaplah semua amal solehnya yang tidak ada apa-apa maknanya.
  • KEDUA PULUH, hendaklah merahasiakan apa pun juga rahasia ghaib yang telah dikaruniakan oleh Allah.

Buku “Shaikh Dalam Ilmu Tarekat”, oleh Shaikh Dr Hj Jahid Sidek Al-Khalidi, Syarikat Al-Falah Publications Sdn Bhd, ms 49 - 50

Anda sedang membaca Adab Salik Terhadap Dirinya. Untuk mengikuti posting terbaru silahkan Liked Facebook Fanpage: Mistikus Cinta | Follow Twitter: @Sufipedia | Terima kasih.

Post a Comment

 
Top