Sufipedia

FASAL 3 TAUHID SIFAT

SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI (ULAMA SUFI BANJAR)

Kitab Ad-Durrun Nafis - (bermula fasal) yang ketiga pada menyatakan tauhidus sifat (ya’ni) mengesakan Allah Ta’ala pada segala sifat berdiri ia pada zat Allah itu

iaitu ‘Ibarat daripada fana’ segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau lainnya sekeliannya fana’ ia di dalam sifat Allah

(bermula kifiyat) memandang dan musyahadahkan yang demikian itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan matahatimu dan dengan ‘itiqadmu bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti qudrat dan irodat dan ilmu dan hayat dan sami’ dan basar dan kalam sekeliannya itu sifat Allah Ta’ala kerana tiada tiada ada zat yang bersifat dengan segala sifat yang tersebut itu pada haqiqatnya melainkan Allah zat Allah Ta’ala jua dan dibangsakan segala sifat ini kepada makhluk atas jalan majazi jua tiada pada haqiqatnya dan hanyasanya segala sifat yang tersebut itu ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya sifat Allah ta’ala jua

(maka apabila) tahqiqlah memandangmu dengan yang demikian itu nescaya fana’lah segala sifat makhluk itu di dalam sifat Allah Ta’ala ya’ni tiada mendengar ia melainkan dengan pendengaran Allah dan tiada melihat ia melainkan dengan penglihat Allah Ta’ala dan tiada tahu ia melainkan dengan tahu Allah Ta’ala dan tiada hidup ia melainkan dengan hayat Allah Ta’ala dan tiada berkata-kata ia melainkan dengan kalam Allah Ta’ala jua hingga yang lain daripada segala sifatnya sekeliannya itu dengan sifat Allah Ta’ala jua.

(bermula) dalil yang menunjukan atas bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekelian sifat ini dan yang ada bagi hamba itu mazhar sifat Allah Ta’ala jua iaitu firman Allah Ta’ala didalam hadis qudsi:

ertinya: ”Tiada menghampirkan oleh segala orang yang menghampirkan dirinya kepadaku itu dengan seumpama mengerjakan barang yang aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hamba aku menghampirkan darinya kepada aku itu dengan mengerjakan segala ‘ibadat yang sunat hingga aku kasih akan dia maka apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengaranya yang mendengar ia dengan dia dan penglihatanya yang melihat ia dengan dia dan lidahnya berkata-kata ia dengan dia dan yang memegang ia dengan dia dan kakinya yang berjalan ia dengan dia dan hatinya yang bercinta ia dengan ia”

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman: Barangsiapa yang memusuhi waliKu (orang yang setia padaku), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub (beramal) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia”

(shahadan) bermula kifiyat tajjali sifat itu bahawa engkau pandang akan haq Allah Ta’ala itu bahawasanya hamba mendengar itu dengan Allah maka fana’lah daripada segala keadaan mendengar ia dengan dirinya kemudian maka apabila tetaplah tajalli sifat yang satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya hingga habis segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu seperti bashar dan kalam dan ilmu dan irodat dan ‘atho’ dan mani’ maka tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan yang demikian itu hanya menerima daripada sifat Allah Ta’ala jua kemudian daripada sudah hapus segala sifat yang lainnya itu maka tajalli pula atasmu maka engkau pandanglah akan dia bahawasanya ia jua yang bersifat haiyun maka fana’lah hayat itu daripada dirimu maka nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya Allah Ta’ala jua maka apabila hasillah bagimu maqam fana’ ini pada ketika itu maka jadilah engkau baqa’ bi sifat illah maka berolih kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal maka kenallah akan dia dengan pengenalan yang layak dengan sempurnanya dan jadilah engkau pada ketika itu fana’ fi sifat illah dan baqa’ bi sifat illah dan memberi tahu Allah Ta’ala akan dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.

(shahadan) pada maqam al baqa’ ya’ni maqam tauhid al sifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia’ dan aulia’ dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada anbia’ dan aulia’ yang dibawah qidamnya.

(shahadan) faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamkin dan tetap ia dengan yang satu itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah daripadanya dan kuat bertambah-tambah supaya dapat ia menanggung akan tajalli dzat kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu sebelum lagi tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu di dalam hati maka apabila sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia kholifah Allah Ta’ala di dalam bumi ini dan menjadikan Allah akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti nabi Adam as menjadi kholifah pada segala alam ini.

Seperti firman Allah Ta’ala yang tersebut didalam Al Quran:

ertinya:  “Tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan didalam bumi itu akan seorang kholifah”

(ya’ni) yang mengganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam bumi maka tiada menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala asma’ sekeliannya.

Seperti firman Allah Ta’ala:

ertinya: “Dan telah mengajari Allah Ta’ala akan nabi Allah Adam akan segala asma’ sekeliannya”

Dan lagi menunjuki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan segala perkara sekeliannya samaada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran daripada Allah Ta’ala kerana jadi kholifahnya seperti kata setengah ‘ariffin billah:

ertinya: “Barang siapa mengenal ia akan Allah Ta’ala dengan sebenar-benar pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun”

Dan lagi menganugerahi Allah Ta’ala akan dia itu akan ilmu laduni iaitu ilmu yang diilhamkan Allah Ta’ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap yang tiada bolih hilang dan lupa maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan ‘alim yang sebenarnya seperti kata Abu Yazid Al Bustami qadassallahu sirrahu:

“Dan lainnya bukannya orang yang ‘alim itu orang yang mehafazkan ilmunya daripada kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil dan hanyasanya orang yang ‘alim sebenarnya itu iaitu orang yang mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang dinamakan al‘alimu ar rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan didalam firman Allah Ta’ala (علّمنا من لدنا علما) ertinya dan kami ajar akan dia akan ilmu daripada kami”

(ya’ni) dengan tiada wasitah dengan berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu laduni tetapi ilmu laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada khorij.

Kata Abu Yazid Al Bustami qadassallahu sirrahu bagi segala ulama’ zhohir pada khasnya

ertinya:  “Kamu ambil akan ilmu kamu hai ulama’ az zhohir hal keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati intiha’ demikianlah hasil yang disebutkan olih Imam al Ghazali di dalam ihya ulumuddin”

(adapun) pada maqam ini melihatlah ia segala perkara sekeliannya samaada ia zhohir atau bathin dan terbuka baginya segala haqiqat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang menganugerah ia Allah Ta’ala akan dia tiada terlindung atasnya seberat zarah juapun daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu dan anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang juapun menegahkan dia seperti yang tersebut di dalam Al Quran firmannya

ertinya “Sekeliannya kami anugerah ia akan mereka itu dan mereka itu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah dan lagi pula pada maqam ini”

Mendengar ia akan segala seru samaada dengan lidah yang zhohir atau dengan lidah yang bathin iaitu ‘ibarat daripada hathir hati samaada ia pada tempat yang jauh atau hampir jua jikalau balik jibal khof sekalipun yang seru itu nescaya didengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekelian alam ini (dan warid daripada) hadith bahawasanya sekelian alam ini pada aulia’ Allah Ta’ala itu seperti qidam jua dengan semata-mata anugerah Allah Ta’ala dan rahmatnya maka bersungguh-sungguhlah engkau hai saudaraku menuntut yang demikian itu supaya engkau dapat akan dia.

(dan) bersungguh-sungguhlah engkau pada memintak doa kepada Allah Sobhanahu wata’ala kerana Allah Subhanahu wata’ala itu memperkenan pinta orang yang meminta seperti firman Allah Ta’ala (أدعوني أستجب لكم) ertinya minta olihmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimu.

(shahadan) bersalahan ulama' pada segala sifat itu adakah ia diri zat atau lain daripadanya

(kata) ulama' usulluddin ya'ni ahlus sunnah wal jumaah rodhiallahu anhu bahawasanya segala sifat ini sekeliannya qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun dengan qodim zat jua dan ujudnya pun dengan ujud zat jua ya'ni tiada bolih tanggal daripadanya tetapi adalah ia ma'ani yang berdiri kepada zat tiada lain daripada zat lagi bertambah atasnya maka pula ini adalah Allah Ta’ala qodirun biqudrotih muridun bi irodatihi dan alimun biilmihi haiyun bihayatihi samiun bisam’ihi dan basirun bibasrihi dan mutakallimun bikallamihi

(dan) kata ulama’ ahlu Attassawuf ya’ni ‘Ariffin billah qadassallahu asrarrahum:

”Bahawasanya segala sifat itu diri mausuf ya’ni diri zat maka atas qaul ini adalah Allah Ta’ala qodirun bizatihi dan muridun bizatihi dan alimun bizatihi dan samiun bizatihi dan basirun bizatihi dan mutakallimun bizatihi tiada lainnya.

(dan kata) Syechuna Al’arif billah Maulana as Syech Siddiq Ibni Umar Khan Talmiz almarhum Alqutub ar Rabbani Maulana as Syech Muhammad bin Abdul Karim as Saman almadani rodiallahu anhuma.

(bermula qaul) yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri mausuf tiada lain daripadanya maka iaitu atas jalan kasyaf dan musyahadah kerana qaul ini sabit pada mereka itu ya’ni ahlu attassawuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana mereka itu sentiasa musyahadahkan Allah maka dibukakan olih Allah Ta’ala akan mereka itu dinding sifatnya maka tiada dilihatnya dan didapatnya olih mereka itu akan sifat itu berdiri kepada ma’ni yang qoimun ia kepada zat dan hanya yang dilihat dan yang didapat olih mereka itu sifat itu berdiri kepada zat jua dan lagi pula mengambil dalil mereka itu dengan akal jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mausuf nescaya adalah Allah Ta’ala itu majhul yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia Maha Suci Allah Ta’ala daripada yang demikian itu tetapi adalah ia terlebih ma’rifah daripada segala yang ma’rifah (bermula) qaul yang mengatakan bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia atasnya maka iaitu atas jalan ajal dan ‘itiqad iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia isim mushtaq maka tiap-tiap isim mushtaq itu tiada dapat tiada baginya daripada mushtaq minhu iaitu seperti qodirun umpamanya maka iaitu isim mushtaq ertinya yang diterbitkan maka tiada dapat tiada baginya itu mushtaq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah ya’ni bahawasanya qodirun itu isim fa’il yang diterbitkan ia daripada masdar iaitu qudrah maka qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi tiada baginya ujud sendiriannya hanya ujudnya itu dengan tiada tanggal ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zatnya jua.

(dan lagi) qaul terupa yang demikian itu pada ‘itiqad kita sebelum lagi sampai kepada maqam mukafahah ya’ni berhadapan dan musyahadah ya’ni berpandangan.

(adapun) jikalau sudah sampai kepada maqam mukafahah dan musyahadah maka tiada dilihat disana sifat ini lain daripada saufun intiha’ dimithalkan seperti seorang orang yang dicari umpamanya dikhabarkan olih seseorang akan dia akan sifat hajarrul aswad itu seperti dikata orang baginya bermula hajarrul itu sangat hitam umpamanya maka ‘itiqadkan olih orang yang belum melihat ia akan hajarrul aswad itu seperti yang disifatkan olih orang yang pada akalnya tatkala sebelum ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu kepadanya hingga dikata ia yang hitam maka menjazamlah pada ‘itiqadnya dengan demikian itu kerana tiada dapat sekali-kali dirupakan olih akal dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah maka dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia ke negeri Mekah umpamanya terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan haqiqatnya sebenarnya jua hajarrul aswad itu yang hitam seperti yang dikhabarkan olih orang itu jua maka hilanglah pada ketika itu ‘itiqadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepada hajarrul aswad kerana sudah musyahadah nyata ia dilihat pada ketika itu tiadalah dilihat yang hitam berdiri kepada lainnya daripada hajarrul aswad tetapi yang hitam itulah zat hajarrul aswad tiada lainnya faifham wassalam

(soal) jika ditanya orang apa perbezaan mazhab ahlu attassawuf ini dengan mazhab mu’tazillah

(jawab) bahawasanya mazhab mu’tazillah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu iaitu ‘itiqadkannya dengan ittihad ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu ujud istiqlal dan ada bagi sifat itu ujud istiqlal maka dicampurkan keduanya itu menjadi satu seperti bercampur sakarnabat dengan air Maha Tinggi Allah Ta’ala daripada sangka mu’tazillah yang bid'ah fasik itu dengan ketinggian yang amat besar

(shahadan) bahawa maqam tauhidus sifat inilah maqam yang tetap dan rosih maka tatkala sudah habis segala tajalli sifat itu di dalam hati maka dianugerahkan Allah Ta’ala akan dia pada ketika itu kuat yang dapat ia menanggong akan tajalli zat jika dikehendaki Allah Ta’ala maqam inilah yang menyampaikan orang yang arif itu kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhiduz zat inilah maqam yang keempat daripada segala maqam ariffin wassalam (Selanjutnya - Fasal 4 Tauhidul Zat)

Anda sedang membaca Kitab Ad-Durrun Nafis: Fasal 3 Tauhid Sifat. Untuk mengikuti posting terbaru silahkan Liked Facebook Fanpage: Mistikus Cinta | Follow Twitter: @Sufipedia | Terima kasih.

Post a Comment

 
Top